Salam pantai timur, masa aku bujang2 dulu.. sering kali persoalan BILA NAK KAWEN? ini meniti di bibir sahabat handai, sedara, adik beradik, ibubapa, teman sepejabat dan teman2 yang lain... Jika persoalan ini diajukan kepada kaum wanita.. ianya menjadi sesuatu "isu" besar...bagi mereka ianya adalah terlalu peribadi dan sensitif...tapi bagi kaum adam.. lantak kau la labu, bak kato org nogori...buat yg mendapat syndrome2 seperti aku ni... mcm ni caranya kau nak menjawab balik kat org yg bertanya tu ok?....
Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan
Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi
bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia
Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)
Bila nak kawin???
Aduuuhh...aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata
(aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)
Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa...haa... haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyy y)
Bila nak kawin???
Aaahhh....sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.
Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.
Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.
MORAL OF THE STORY: DONT ASK ME BILA NAK KAWEN!
Tuesday, November 18, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)